Throwback
11Mac2011
Pada masa ni baru je setahun berada negara matahari terbit.
Pada hari tu dapat masuk baito(part time job) dengan kawan satu daigaku(universiti).
Kami dapat baito shift pagi dan petang bermula jam 9pagi sampai 9malam.
Bila ada kawan rasa takde la bosan sangat bila baito.
Masa rehat boleh borak-borak.
Macam biasa selepas rehat kami sambung baito semula.
Tak tersangka sesuatu yang besar akan berlaku.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas.
Pada masa tu sambil borak-borak dengan kawan jepun sambil buat kerja.
Tiba-tiba terasa satu gegaran yang kuat sehingga troli-troli yang berisi buku serta papan-papan yang tersusun buku diatasnya bergerak dan jatuh diiringi dengan bunyi yang kuat.
Semua orang panik dan terus dapat arahan supaya kosongkan bangunan sekarang juga menggunakan tangga dan berkumpul di kawasan lapang di luar bangunan.
Sampai je kat bawah terus cari kawan dan bersyukur sangat dapat jumpa.
Selepas tu baru tau rupanya gegaran tadi adalah gempa bumi dan adalah yang terkuat pernah melanda daerah tempat kami tinggal.
Disebabkan gempa bumi tersebut daerah di sebelah utara dilanda tsunami setinggi 10m dan mengalami banyak kerosakan dan kemalangan jiwa.
Dan juga tempat jana kuasa nuklear di Fukushima juga meletup dan memburukan lagi keadaan.
Masa tu terus call mama abah kat rumah.
Nak dapatkan line memang susah masa tu.
Semua orang tengah sibuk call keluarga masing-masing bertanyakan keadaan.
Alhamdulillah dapat call dan mama cakap memang berita gempa bumi tu da sampai ke Malaysia.
Mama bersyukur sangat bila tahu kami selamat di sini.
Pihak kilang mengeluarkan arahan kepada para pekerja supaya segera pulang ke rumah masing-masing memandangkan perkhidmatan densha(train/komuter) mungkin terjejas.
Yang mana tinggal jauh dan rasa tak sempat nak sampai rumah boleh stay je kat kilang dulu dan kami membuat keputusan untuk stay dekat kilang dulu.
Perkhidmatan densha lumpuh teruk dan mengambil masa lebih kurang 1-2minggu untuk pulih seperti biasa.
Bila sampai ke rumah sangat terkejut melihat keadaan dalam rumah.
Peti sejuk, pinggan mangkuk dan tv semua jatuh dan keadaan dalam rumah sangat bersepah.
Kami amik keputusan untuk menumpang di rumah senior.
Kira senang la kalau jadi apa-apa semua berkumpul di satu tempat.
Selepas berbincang-bincang kami amik keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Bimbang dengan index udara yang mungkin semakin tercemar dengan radiasi dari tempat jana kuasa nuklear yang meletup.
Dari hari gempa bumi sampai hari kami pulang memang tv tak pernah tutup.
Sentiasa terpasang untuk mengetahui perkembangan semasa.
Makanan minuman dan bekalan air pom kena berjimat cermat.
Memang keluar rumah pom tak sangat.
Bila keluar kena pakai mask muka untuk elak dari radiasi.
Masa tu da dikira macam darurat.
Makanan minuman semua habis dekat kedai.
Sentiasa bersedia dengan keperluan jika berlaku lagi gempa bumi.
11Mac2015
Semalam cukup 4 tahun.
Masih ingat lagi apa yang dilalui pada masa tu.
Sekarang kawasan daerah yang rosak teruk masa gempa bumi dan tsunami dah beransur pulih.
Cuma kawasan 50km dalam lingkungan tempat jana kuasa nekluar tu ditutup dan tak dibenarkan masuk.
PRAY FOR JAPAN
11 MAC
Assalamualaikum wbt11Mac2011

0 comments :
Post a Comment