Timeline

Assalamualaikum w.b.t

Recently, I felt very down. It was like I was stuck in the deep and dark hole and I can't climb to the surface. Eventually, it makes me feel drowned in that hole. 

I think this might be due to me overthinking with lots of things.

I always said to myself that my timeline for that is not coming yet.
Don't look at another person's life too much.
Instead, be grateful for what we already have now.

Luckily, I have families and friends who always support me. Always lend their shoulder and ears for me to spit out what's inside my heart. It makes me feel more relieved and functional.

Thanks all especially my love💕

New Year

Assalamualaikum

2-0-1-8!
How times fly so fast.
Didn't realize we're approaching 2020 in just two years more.

This year gonna be pack in schedule for me.
  • Get to go back to my nasikerabu-land for a couple of  times
  • My beloved family come for visit for few times 
  • Need to finish my research before June 
  • Writing journal and thesis 
  • Not to forget to prepare for private defense and public defense. InsyaAllah!

Hope to have smooth and great new year.

Not to late I think to wish Happy New Year peeps!

Kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya.
Sebaik-baik perancangan adalah dari Allah jua.

Driving TesT

Assalamualaikum wbt

 Dari tahun lepas lagi da tukar lesen international ke lesen Jepun tapi selalu saja tak ingat dannn malas. Memandangkan lesen international da nak expired rajinkan diri jugak pergi Kounosu Menkyou Center(tempat belajar/amik ujian memandu). 


Kounosu Menkyou Center (鴻巣免許うセンター)



 Asal plan nya nk daftarkan diri petang tapi kebetulan Mr hubby pom nk kuar awal hari tu so buat keputusan daftar sesi sebelah pagi. Nasib baik pergi sesi pagi. Siap pendaftaran semua terus boleh ambik ujian  bertulis dan ujian memandu. Ujian bertulis sgt senang! Soalan ada 10 je dan semua soalan bergambar dan perlu jawab dalam masa 10minit. Mochironn 5 mnt pom da dpt siapkan da semua orang.

  Yang datang sesi pagi ada 9 orang je. Dalam 9 orang tu ada 2 orang japanese. Dua-dua ada lesen memandu Amerika jadi diorang nak tukar ke lesen memandu Jepun. Untuk ujian memandu setiap orang dibagi satu kad yang tercatat nombor giliran. Nanti diorang akan panggil kita ikut nombor giliran tu. Dalam satu kereta ada tiga orng. Seorang pegawai test memandu, dua orang yang amik ujian memandu, seorang sebagai pemandu dan seorang lagi sebagai penumpang.
  
Course ujian memandu
Course ujian memandu



 Sekali memang tak lulus ujian memandu ni. Konfem banyak kali kn test baru ley lulus. Pegawai test memandu cakap paling banyak pegang rekod nk lulus 20kali amik test baru lulus o_o.Alhamdulillah kali ke-empat amik test, lulus test memandu ni. Masa tau lulus tu wahhh senyum sampai ke telinga dan tak leh nak berenti senyum. Memang sapa yang tengok tu tau budak ni lulus da ni senyumm melebar je.haha.Da lulus terus call Mr Hubby bagi tau da lulus.

Teringat masa amik test dekat Malaysia. Ya Allah berdebarnya tak payah nak cakap la. Sampai terketar-ketar tangan. Kali ni nasib baik da pandai control berdebar tu. Banyak kali jugak tarik nafas hembus nafas kuat masa test memandu. Sorry ye encik pegawai test memandu.hihi

Satu pengalaman baru amik test memandu kat Jepun ni. And for sure permarkahannya sangat teliti. Sebab tu susah nak lepas. Suka sangat da dapat lesen memandu Jepun. Pasni bley la lawan drift ngan suami.hihi




STATUS FACEBOOK

Minggu lepas  terjumpa seseorang dekat airport. Tak sempat nak borak panjang sebab da lewat untuk boarding. Sempat salam dan tanya khabar sket je terus jalan. 
Otw ke pintu pelepasan tu cakap kat suami " tak sempat la nak tanya marumaru buat apa lepas ni kat sana" . 
Pas tu suami jawab "its ok.lepas ni ada la tu status kt facebook dia wat apa"
Tergelak bila suami jawab macam tu.
Bila fikir betul juga apa yang suami cakap tu.haha
Sekarang kebanyakan nya kita boleh tahu perkembangan kawan-kawan dekat fb.
Selalu jugak usha-usha fb kawan-kawan yang da lama tak jumpa nak tahu perkembangan diorang.
Harap-harap kawan-kawan semua sihat dan bahagia dalam apa jua yang dilakukan yee.


11 MAC

Assalamualaikum wbt

11Mac2011

Pada masa ni baru je setahun berada negara matahari terbit.
Pada hari tu dapat masuk baito(part time job) dengan kawan satu daigaku(universiti).
Kami dapat baito shift pagi dan petang bermula jam 9pagi sampai 9malam.
Bila ada kawan rasa takde la bosan sangat bila baito.
Masa rehat boleh borak-borak.

Macam biasa selepas rehat kami sambung baito semula.
Tak tersangka sesuatu yang besar akan berlaku.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas.
Pada masa tu sambil borak-borak dengan kawan jepun sambil buat kerja.
Tiba-tiba terasa satu gegaran yang kuat sehingga troli-troli yang berisi buku serta papan-papan yang tersusun buku diatasnya bergerak dan jatuh diiringi dengan bunyi yang kuat.
Semua orang panik dan terus dapat arahan supaya kosongkan bangunan sekarang juga menggunakan tangga dan berkumpul di kawasan lapang di luar bangunan.
Sampai je kat bawah terus cari kawan dan bersyukur sangat dapat jumpa.
Selepas tu baru tau rupanya gegaran tadi adalah gempa bumi dan adalah yang terkuat pernah melanda daerah tempat kami tinggal.
Disebabkan gempa bumi tersebut daerah di sebelah utara dilanda tsunami setinggi 10m dan mengalami banyak kerosakan dan kemalangan jiwa.
Dan juga tempat jana kuasa nuklear di Fukushima juga meletup dan memburukan lagi keadaan.
Masa tu terus call mama abah kat rumah.
Nak dapatkan line memang susah masa tu.
Semua orang tengah sibuk call keluarga masing-masing bertanyakan keadaan.
Alhamdulillah dapat call dan mama cakap memang berita gempa bumi tu da sampai ke Malaysia.
Mama bersyukur sangat bila tahu kami selamat di sini.

Pihak kilang mengeluarkan arahan kepada para pekerja supaya segera pulang ke rumah masing-masing memandangkan perkhidmatan densha(train/komuter) mungkin terjejas.
Yang mana tinggal jauh dan rasa tak sempat nak sampai rumah boleh stay je kat kilang dulu dan kami membuat keputusan untuk stay dekat kilang dulu.
Perkhidmatan densha lumpuh teruk dan mengambil masa lebih kurang 1-2minggu untuk pulih seperti biasa.

Bila sampai ke rumah sangat terkejut melihat keadaan dalam rumah.
Peti sejuk, pinggan mangkuk dan tv semua jatuh dan keadaan dalam rumah sangat bersepah.
Kami amik keputusan untuk menumpang di rumah senior.
Kira senang la kalau jadi apa-apa semua berkumpul di satu tempat.
Selepas berbincang-bincang kami amik keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Bimbang dengan index udara yang mungkin semakin tercemar dengan radiasi dari tempat jana kuasa nuklear yang meletup.

Dari hari gempa bumi sampai hari kami pulang memang tv tak pernah tutup.
Sentiasa terpasang untuk mengetahui perkembangan semasa.
Makanan minuman dan bekalan air pom kena berjimat cermat.
Memang keluar rumah pom tak sangat.
Bila keluar kena pakai mask muka untuk elak dari radiasi.
Masa tu da dikira macam darurat.
Makanan minuman semua habis dekat kedai.
Sentiasa bersedia dengan keperluan jika berlaku lagi gempa bumi.

11Mac2015

Semalam cukup 4 tahun.
Masih ingat lagi apa yang dilalui pada masa tu.
Sekarang kawasan daerah yang rosak teruk masa gempa bumi dan tsunami dah beransur pulih.
Cuma kawasan 50km dalam lingkungan tempat jana kuasa nekluar tu ditutup dan tak dibenarkan masuk.

PRAY FOR JAPAN






LEAD

Assalamualaikum

Tiap-tiap minggu lalu jalan sebelah kedai LEAD ni bilangan kete kat kedai ni tak pernah surut.Sentiasa penuh je.
Dan semestinya la Mr R aka suami akan singgah jugak kedai ni.Da berapa kali singgah hanya nak tukar spring kt kete akhirnya hari ni berjaya jugak nak tukar.


Sebenarnya bukan nak cerita pasal kedai ni je pom.hihi

Dah memang minat kereta dan suka repair kereta kat kedai pom suami nak buat keje sama ngan pekerja kedai ni.Aduiilaaa.haha


Bukanlahh.Sebenarnya memang suami suka tengok aka meneliti bagaimana pekerja tu buat kerja.Nak tukar sendiri boleh je cuma sekarang da masuk musim sejuk cram jugak tangan nak buat sendiri.

Tangan ni pom da sejuk ni.
Please cepat siap nak pergi tempat lain plak ni*sleepy*😪






SELAMAT HARI IBU

Hari ni telefon mama
Dari pagi cuba call tak dpt2
Risau pom ada
Tgh hari baru dapat
Rupa-rupanya ada kt billion katanya
Shopping yeee
Hihihihi

Selamat hari ibu mama sayang!
Angah selalu merindui dan menyayangi mama selalu
Tak terbalas segala jasa-jasa mama selama ini

Tak lupa juga kepada mama mertua
(^-^)


p/s:bukan hari ni saja hari ibu hari-hari hari ibu yeee(^^)