STATUS FACEBOOK

Minggu lepas  terjumpa seseorang dekat airport. Tak sempat nak borak panjang sebab da lewat untuk boarding. Sempat salam dan tanya khabar sket je terus jalan. 
Otw ke pintu pelepasan tu cakap kat suami " tak sempat la nak tanya marumaru buat apa lepas ni kat sana" . 
Pas tu suami jawab "its ok.lepas ni ada la tu status kt facebook dia wat apa"
Tergelak bila suami jawab macam tu.
Bila fikir betul juga apa yang suami cakap tu.haha
Sekarang kebanyakan nya kita boleh tahu perkembangan kawan-kawan dekat fb.
Selalu jugak usha-usha fb kawan-kawan yang da lama tak jumpa nak tahu perkembangan diorang.
Harap-harap kawan-kawan semua sihat dan bahagia dalam apa jua yang dilakukan yee.


11 MAC

Assalamualaikum wbt

11Mac2011

Pada masa ni baru je setahun berada negara matahari terbit.
Pada hari tu dapat masuk baito(part time job) dengan kawan satu daigaku(universiti).
Kami dapat baito shift pagi dan petang bermula jam 9pagi sampai 9malam.
Bila ada kawan rasa takde la bosan sangat bila baito.
Masa rehat boleh borak-borak.

Macam biasa selepas rehat kami sambung baito semula.
Tak tersangka sesuatu yang besar akan berlaku.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas.
Pada masa tu sambil borak-borak dengan kawan jepun sambil buat kerja.
Tiba-tiba terasa satu gegaran yang kuat sehingga troli-troli yang berisi buku serta papan-papan yang tersusun buku diatasnya bergerak dan jatuh diiringi dengan bunyi yang kuat.
Semua orang panik dan terus dapat arahan supaya kosongkan bangunan sekarang juga menggunakan tangga dan berkumpul di kawasan lapang di luar bangunan.
Sampai je kat bawah terus cari kawan dan bersyukur sangat dapat jumpa.
Selepas tu baru tau rupanya gegaran tadi adalah gempa bumi dan adalah yang terkuat pernah melanda daerah tempat kami tinggal.
Disebabkan gempa bumi tersebut daerah di sebelah utara dilanda tsunami setinggi 10m dan mengalami banyak kerosakan dan kemalangan jiwa.
Dan juga tempat jana kuasa nuklear di Fukushima juga meletup dan memburukan lagi keadaan.
Masa tu terus call mama abah kat rumah.
Nak dapatkan line memang susah masa tu.
Semua orang tengah sibuk call keluarga masing-masing bertanyakan keadaan.
Alhamdulillah dapat call dan mama cakap memang berita gempa bumi tu da sampai ke Malaysia.
Mama bersyukur sangat bila tahu kami selamat di sini.

Pihak kilang mengeluarkan arahan kepada para pekerja supaya segera pulang ke rumah masing-masing memandangkan perkhidmatan densha(train/komuter) mungkin terjejas.
Yang mana tinggal jauh dan rasa tak sempat nak sampai rumah boleh stay je kat kilang dulu dan kami membuat keputusan untuk stay dekat kilang dulu.
Perkhidmatan densha lumpuh teruk dan mengambil masa lebih kurang 1-2minggu untuk pulih seperti biasa.

Bila sampai ke rumah sangat terkejut melihat keadaan dalam rumah.
Peti sejuk, pinggan mangkuk dan tv semua jatuh dan keadaan dalam rumah sangat bersepah.
Kami amik keputusan untuk menumpang di rumah senior.
Kira senang la kalau jadi apa-apa semua berkumpul di satu tempat.
Selepas berbincang-bincang kami amik keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Bimbang dengan index udara yang mungkin semakin tercemar dengan radiasi dari tempat jana kuasa nuklear yang meletup.

Dari hari gempa bumi sampai hari kami pulang memang tv tak pernah tutup.
Sentiasa terpasang untuk mengetahui perkembangan semasa.
Makanan minuman dan bekalan air pom kena berjimat cermat.
Memang keluar rumah pom tak sangat.
Bila keluar kena pakai mask muka untuk elak dari radiasi.
Masa tu da dikira macam darurat.
Makanan minuman semua habis dekat kedai.
Sentiasa bersedia dengan keperluan jika berlaku lagi gempa bumi.

11Mac2015

Semalam cukup 4 tahun.
Masih ingat lagi apa yang dilalui pada masa tu.
Sekarang kawasan daerah yang rosak teruk masa gempa bumi dan tsunami dah beransur pulih.
Cuma kawasan 50km dalam lingkungan tempat jana kuasa nekluar tu ditutup dan tak dibenarkan masuk.

PRAY FOR JAPAN






LEAD

Assalamualaikum

Tiap-tiap minggu lalu jalan sebelah kedai LEAD ni bilangan kete kat kedai ni tak pernah surut.Sentiasa penuh je.
Dan semestinya la Mr R aka suami akan singgah jugak kedai ni.Da berapa kali singgah hanya nak tukar spring kt kete akhirnya hari ni berjaya jugak nak tukar.


Sebenarnya bukan nak cerita pasal kedai ni je pom.hihi

Dah memang minat kereta dan suka repair kereta kat kedai pom suami nak buat keje sama ngan pekerja kedai ni.Aduiilaaa.haha


Bukanlahh.Sebenarnya memang suami suka tengok aka meneliti bagaimana pekerja tu buat kerja.Nak tukar sendiri boleh je cuma sekarang da masuk musim sejuk cram jugak tangan nak buat sendiri.

Tangan ni pom da sejuk ni.
Please cepat siap nak pergi tempat lain plak ni*sleepy*😪






SELAMAT HARI IBU

Hari ni telefon mama
Dari pagi cuba call tak dpt2
Risau pom ada
Tgh hari baru dapat
Rupa-rupanya ada kt billion katanya
Shopping yeee
Hihihihi

Selamat hari ibu mama sayang!
Angah selalu merindui dan menyayangi mama selalu
Tak terbalas segala jasa-jasa mama selama ini

Tak lupa juga kepada mama mertua
(^-^)


p/s:bukan hari ni saja hari ibu hari-hari hari ibu yeee(^^)










SETAHUN

Alhamdulillah
Sudah setahun usia perkahwinan kami
Masih jauh perjalanan kami
Banyak lagi yang perlu kami pelajari
Dan tak kan pernah habis untuk di pelajari
Sama-sama kita berpimpim tangan menuju ke Syurga

I LOVE U SAYANG






Hilang

Pagi-pagi da siap nak imigresen untuk ambik visa.
Sebelum tu singgah di pejabat pos untuk pos barang jap.
Perjalanan bermula dengan lancar sekali sehingga la sampai di stesen yono honmachi.
Sebelum sampai di imigresen, perlu singgah di pejabat pos skali lagi untuk beli setem berharga 4000yen untuk ditampal di kertas sebagai resit pembayaran.
Dah sampai imigresen dan da nak sampai dekat kaunter cek balik barang nak hantar setem tak de!

Where is the setem?!

Patah balik sampai pejabat pos sambil cari setem yang hilang.
Tak jumpa jugak terpaksa beli setem baru.
Melayang lagi 4000yen.
Mungkin 4000yen setem yg hilang tu bukan rezeki saya.








Begedil untuk mu

Memang sangat suka makan begedil.
So godek2 la internet cari resepi begedil bulat comel ni.
Kalau pegi kedai makan nampak begedil mesti amik begedil.

Ni 1st time masak begedil untuk mr hubby and alhamdulillah mr hubby suka even begedil tu masin sikit.

So nak kongsi la sket cara nak wat begedil ni

Untuk 2orang makan

Bahan-bahan
3biji kentang (rebus,buang kulit dan penyet)
5hiris daging (dipotong dadu)*
1/2batang timun batang (dipotong dadu)*
1/2batang carrot (dipotong dadu)*
1biji telur
Sedikit serbuk lada hitam*
Sedikit garam*
Sedikit gula*

*sayur tu guna yang mana ada je..hehee
biasanya orng gn daun sup dan daun bawang.

Cara-cara
1) Penyek ubi kentang yang direbus tadi sampai tak berketul.
2) Campur semua bahan bertanda * ke dalam ubi kentang yang dipenyek tadi sampai sebati.
3) Amik campuran tersebut dan buat bulat2 guna tangan dan penyek sket (macam gambar dibawah).

                Sebelum di goreng

4) Pecahkan telur dan pukul telur. Pas tu salutkan begedil yang kita wat bulat2 tu dengan telur tersebut.
5) Panaskan minyak dan goreng.(Minyak guna sikit je.kalau nak deep fry pom boley)

Siapp!!

                Sedia untuk dimakan

Terubatlah rindu nak makan begedil!